Sahibul hikayat telah
diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor
burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya
bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif
mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.
Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya.
Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang
sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang
panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan
takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.
Syahdan dinyatakan lagi
dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi
nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan
mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung
cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia
dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan
bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam
pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam
keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Walau bagaimanapun, Melayu
Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima
hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu
pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk
nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan
masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix
yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi
kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird
of Paradise‘.
Secara faktanya, asal usul burung ini gagal
ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal
dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung
cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua
sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu
kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia
turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu,
kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10
tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang
mewarisi burung ini.
Telah dinyatakan dalam kitab
Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh
badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang
misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya
kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk
pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung
cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut
ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung
cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang
memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung
cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib,
tuah. Sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar